BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 15 April 2013

SAMBAL SARDIN TERUNG BELIMBANG

Assalamualaikum...
Apa khabar semua,semoga sihat-sihat semuanya dan boleh masak untuk anak-anak dan suami yang tersayang...ingat hari  ni nak masak yang simple-simple je..bukan ape air pun tak de,penyakit M lebih la pulak...ok lah ape kate  hari ni kite cube masak sambal sardin mesti best giler....jom masak....

Sambal sardin terung belimbang




           Inilah dia rupa terung belimbang....orang jawa panggil cepokak....



Bahan-bahannya..


1 tin sardin(Ummi guna cap botan)

2 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris jangan terlalu tipis ye...
2 biji kentang dibelah 6 dan digoreng
1 biji tomato dibelah 6
1/2 cawan terung belimbang dibuang tangkai
20 biji cili padi*
3  ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 camt garam
1/4 cawan kicap
minyak untuk menumis

*ditumbuk lumat.....ummi guna blender kering jer...cepat siap..he..he

*kalau tak nak pedas boleh la kurangkan cili ye...

Cara-cara membuatnya..

1.Panaskan minyak didalam kuali,tumiskan cili,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk/blend tadi,kacau rata sehingga naik minyak,kemudian masukkan sardin,kacau beberapa minit,masukkan pula kentang yang telah digoreng dan terung belimbang..kacau supaya jangan hangus..sehingga terung sedikit layu..kemudian masukkan bawang besar kacau-kacau sekejap,masukkan tomato,garam dan kicap....gaul sebati....
dah siap...tutup api...msukkan kedalam mangkuk dan bolehla dinikmati untuk makan tengahari.....emmmmhh berasap ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang ads